SYARAT DAN PERATURAN MENGGUNAKAN SISTEM e-EKO RIMBA
 
1.   
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berguna berkaitan semua kawasan ekopelancongan dan satu Hutan Taman Negeri di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam sistem ini.

2. 
Terdapat 14 kawasan ekopelancongan yang diuruskan oleh syarikat pemajak dan sebarang permohonan dan tempahan yang ingin dibuat di kawasan ekopelancongan tersebut adalah tidak melalui jabatan ini. Ia adalah tertakluk di bawah seliaan pemajak tersebut.
  
Sila dapatkan senarai 14 kawasan tersebut di PAUTAN INI.
  
3.  
Sistem ini menyediakan borang permohonan secara online bagi:
    
a)   Permohonan mengadakan aktiviti di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri (perkhemahan/jungle trekking/mountain biking/fotografi atau videografi komersial/sebarang aktiviti berkumpulan dan bermalam).
    
b)  Tempahan kemudahan di Taman Eko Rimba.
 
c)   Permohonan mendaki gunung/trail.
    
4.
Pemohon boleh membuat semakan permohonan dalam sistem ini menggunakan Nombor Kad Pengenalan pemohon sebagai rujukan.
 
5.  
Setiap permohonan mestilah mewakili satu kumpulan peserta sahaja dan akan diproses untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang/Pegawai Hutan Daerah.
 
6.   
Semua permohonan mestilah dibuat tidak kurang dari 14 hari berkerja dari tarikh aktiviti akan dijalankan.
 
7.
Sistem ini tidak menyediakan perkhidmatan bayaran secara online. Bagi bayaran permit, ia hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD berkaitan sebelum aktiviti pendakian dijalankan pada hari dan waktu berkerja. Manakala bayaran memasuki/menggunakan fasiliti di Taman Eko Rimba hendaklah dibuat di lokasi Taman Eko Rimba yang dikunjungi.
Alamat setiap PHD boleh didapati DI SINI.
 
8.   
PENTING :
Semua aktiviti pendakian gunung/bukit/trail dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) memerlukan permit memasuki HSK termasuk satu Taman Eko Rimba iaitu Taman Eko Rimba Jerangkang (jika memasuki air terjun di tingkat 2 dan ke atas sahaja). Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 seorang dan hanya diterima dalam bentuk Wang Pos/Bank Deraf atas nama PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG dan perlu diserahkan sebelum menjalankan aktiviti ke PHD berkaitan pada hari dan waktu berkerja sahaja.

Manakala bayaran Fi Masuk, Fi Menggunakan Kemudahan dan Fi Menjalankan Aktiviti yang dikenakan ke atas pengunjung di beberapa Taman Eko Rimba terpilih seperti di bawah boleh disemak DI SINI.
 
1) Taman Eko Rimba Gunung Senyum, Temerloh seliaan Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera.
2) Taman Eko Rimba Lata Meraung, Jerantut.
3) Taman Eko Rimba Lentang, Bentong seliaan Pejabat Hutan Daerah Bentong.
4) Taman Eko Rimba Chamang, Bentong seliaan Pejabat Hutan Daerah Bentong.
5) Taman Eko Rimba Sungai Pauh, seliaan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.
6) Taman Eko Rimba Mossy Forest, seliaan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.